Image Banner

KEMPEN MEMBACA BERSAMA ANA MUSLIM & JUALAN BUKU

Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2026, telah berlangsung Kempen Membaca Buku Bersama Ana Muslim serta Jualan Buku yang disertai oleh para pelajar dan guru guru dengan penuh semangat.

Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca, menyemai minat terhadap buku serta menanam kecintaan kepada ilmu sejak usia muda.

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan cintakan pembacaan.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

LAGI

KEM KEPIMPINAN SRI TAHFIZ NADI AL BAGHDADI TAHUN 2026

Sedikit sorotan sepanjang Kem Kepimpinan Tahun 2026 yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik, cabaran, pembelajaran dan pengalaman yang bermakna. Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kem ini.

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk membentuk sahsiah serta kepimpinan yang lebih cemerlang.

Terima kasih.

LAGI

CERAMAH NUZUL AL-QURAN

Ceramah sempena memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran telah disampaikan oleh Ustaz Naim Bin Aziz. Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah penurunan Al-Quran serta menggalakkan mereka untuk lebih mencintai dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

 

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat dan menanam rasa cinta terhadap Al-Quran dalam diri murid-murid.

LAGI

KEMBARA ILMU TADIKA MUHAMMAD AL FATEH 2025

Alhamdulillah, lawatan kembara ilmu tadika Muhammad al afateh telah berjalan dengan lancar.Destinasi kami merangkumi Ryverra Chocolate Factory 🍫, Petrosains🧑‍🔬, dan Farm In the City 🐑 menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan penuh ilmu untuk anak-anak. 🚌
Melalui lawatan ini, murid dapat melihat sendiri bagaimana coklat dihasilkan, meneroka dunia sains dengan cara yang menyeronokkan, serta mengenali pelbagai haiwan secara lebih dekat. ❤️
Allah SWT berfirman:
Katakanlah, "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. (Al-'Ankabut: 20)
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan pembelajaran bermakna buat anak-anak kita.
LAGI

KARNIVAL SUKAN TAHUNAN TADIKA MUHAMMAD AL FATEH DAN SEKOLAH AGAMA & TAHFIZ MUHAMMAD AL FATEH 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Karnival Sukan Tahunan 2025! 🎉
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan usaha yang terbaik sepanjang karnival ini berlangsung. 👏✨

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Ibu Ayah yang sentiasa memberi sokongan dan turut sama membantu menjayakan program ini. 🙏❤️

📖 “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
(Surah As-Saff, 61:4)

In shaa Allah kita bertemu lagi di Karnival Sukan akan datang dengan lebih meriah. 💫

LAGI

Image News
Image News




Image Banner

Lokasi


Pertanyaan